Kulim

Travel and Living

  • Iklan

    Akan Datang
  • KUIH RAYA untuk TEMPAHAN

    KUIH RAYA untuk TEMPAHAN by AlexAndro

    Sila Contact Hisham 0194567257 | Kawasan Kulim, Perlis & Pulau Pinang.

  • Pokok Kulim

    Pokok Kulim

Hailam “Terbaik”

Posted by KulimBlogadmiN on October 30, 2011

Salam Semua,

Hari ini nak diperkenalkan pada satu lagi kedai makan dengan menu yang SEDAP…

Kedai / Gerai ini hanya menyediakan menu HAILAM sama ada berupa mee, kweteow atau bihun dalam dua pilihan sup dan Hailam biasa. Hanya Satu menu pilihan Air disediakan iaitu Air Teh Panas.

Pelik kan kedai ni tapi ini bukan satu halangan bagi masakkan beliau untuk dikenali ramai dan menjana pendapatan yang baik.

Sejarah: Pemilik kedai ini dikenali sebagai Pakcik Let telah mengusahan kedai ini berdua bersama isterinya sekitar 10 tahun. Belia minat berniaga dan memasak sejak kecil dan telah berkerja dan mendapatkan pengalaman dari pelbagai tempat. Menurut Pakcik Let pada awal kerjaya beliau telah memasak di gerai sekitar kawasan padang kota lama. Kemudian beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan berpeluang bekerja dan bersua dengan HJ. Shamuri Satay kajang. Selepas itu beliau telah menumpang perniagaan disebuah kedai makan di Kuala Lumpur dengan membuka gerai pertama Satay Kajang dibekalkan Satay Kajang HJ. Shamuri sendiri. Disini lah Beliau sangat berminat dengan sebuah kedai makan Cina yang sangat ramai pelanggan yang menyediakan Menu Hailam. Setelah berusaha untuk mendapat pekerjaan di gerai tersebut akhirnya beliau diterima sebagai sebagai tukang cuci. Disinilah beliau berdikit – dikit mendapat rahsia masakan Hailam ini, ditambah bila mana telah ditambah tugas untuk persediaan bahan mentah masakan akhirnya setelah mencuba dan confident untuk meneruskan business beliau sendiri. Begitu lah serba ringkas cerita tentang perniagaan dan pemilik kedai ini.

Nama Kedai : Tiada – hanya dikenali sebagai kedai Hailam Let oleh penduduk tempatan dan yang mengenali

Lokasi : Simpang 3 Karangan, Kulim, Kedah DA. (rujuk peta bawah)

Specialties : Mee/Kewteow/Bihun Hailam atau Mee/Kewteow/Bihun Hailam Sup.

Waktu Perniagaan : 3PM – 7PM Sabtu – Khamis.

Makanan Pilihan : Mee/Kewteow/Bihun Hailam atau Mee/Kewteow/Bihun Hailam Sup | Air Teh Panas

Harga : RM3:50 – RM5:00

Rating Keseluruhan : 4 BINTANG.

Hailam Pakcik Let memang sangat sedap sama ada dimasak dengan Mee, Bihun atau Kewtoew terserah pada selera pelanggan. Kicap dan Kuah supnya memang lain dari yang lain  pernah rasakan. Masakan kan beliau ala – ala Cina telah juga mendapat pelanggan dari kaum itu, yang juga sering bertanya kan beliau akan rahsia masakan itu. Namum Pakcik Let sangat teliti dan akan pekara ini dimana penyedian bahan – bahan semuanya telah tersedia dari rumah.

Jika berpeluang Ke Karangan Kedah anda dinasihatkan singgah kesini dan saya pasti akan berkunjung lagi.

Lokasi adalah Di Depan PUSPEN KARANGAN

Lokasi adalah Di Depan PUSPEN KARANGAN

Gerai Hailam Simpang 3 Karangan

Kewteow Hailam

Mee Hailam

One Response to “Hailam “Terbaik””

  1. alexandro3465 said

    lapaq teruih….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: