Kulim

Travel and Living

  • Iklan

    Akan Datang
  • KUIH RAYA untuk TEMPAHAN

    KUIH RAYA untuk TEMPAHAN by AlexAndro

    Sila Contact Hisham 0194567257 | Kawasan Kulim, Perlis & Pulau Pinang.

  • Pokok Kulim

    Pokok Kulim

assalammualaikum n salam sejahtera

Posted by alexandro3465 on June 19, 2012

aku nak merapu sikit malam-malam ni, lagipun aku sakit perut x ley tido.utk pengetahuan semua, kulim sekarang dah semakin maju, kenderaan di jalanan semua dah banyak, kadang-kadang nak lintas jalan pun susah.semenjak dua tiga empat lima menjak ni, kulim begitu cepat membangun, ada giant, tesco, mcd(ni feveret aku ni), old town dan macam-macam lagi(nak tulis semua ada sedikit kepenatan la)….kalu bab nak makan cukup senang, kedai makan berlambak-lambak…lapaq je don’t worry…nak senang nasik kandaq la..huhuhu…lagi satu..harga rumah kat kulim ni pun dah semakin naik, kalu nak beli rumah beli la cepat-cepat…nanti makin mahal….ok…nak citer ape lagi yer…xder ape kot…sambung lain kali la…adios

Posted in Berita Kedah | Leave a Comment »

Hailam “Terbaik”

Posted by KulimBlogadmiN on October 30, 2011

Salam Semua,

Hari ini nak diperkenalkan pada satu lagi kedai makan dengan menu yang SEDAP…

Kedai / Gerai ini hanya menyediakan menu HAILAM sama ada berupa mee, kweteow atau bihun dalam dua pilihan sup dan Hailam biasa. Hanya Satu menu pilihan Air disediakan iaitu Air Teh Panas.

Pelik kan kedai ni tapi ini bukan satu halangan bagi masakkan beliau untuk dikenali ramai dan menjana pendapatan yang baik.

Sejarah: Pemilik kedai ini dikenali sebagai Pakcik Let telah mengusahan kedai ini berdua bersama isterinya sekitar 10 tahun. Belia minat berniaga dan memasak sejak kecil dan telah berkerja dan mendapatkan pengalaman dari pelbagai tempat. Menurut Pakcik Let pada awal kerjaya beliau telah memasak di gerai sekitar kawasan padang kota lama. Kemudian beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan berpeluang bekerja dan bersua dengan HJ. Shamuri Satay kajang. Selepas itu beliau telah menumpang perniagaan disebuah kedai makan di Kuala Lumpur dengan membuka gerai pertama Satay Kajang dibekalkan Satay Kajang HJ. Shamuri sendiri. Disini lah Beliau sangat berminat dengan sebuah kedai makan Cina yang sangat ramai pelanggan yang menyediakan Menu Hailam. Setelah berusaha untuk mendapat pekerjaan di gerai tersebut akhirnya beliau diterima sebagai sebagai tukang cuci. Disinilah beliau berdikit – dikit mendapat rahsia masakan Hailam ini, ditambah bila mana telah ditambah tugas untuk persediaan bahan mentah masakan akhirnya setelah mencuba dan confident untuk meneruskan business beliau sendiri. Begitu lah serba ringkas cerita tentang perniagaan dan pemilik kedai ini.

Nama Kedai : Tiada – hanya dikenali sebagai kedai Hailam Let oleh penduduk tempatan dan yang mengenali

Lokasi : Simpang 3 Karangan, Kulim, Kedah DA. (rujuk peta bawah)

Specialties : Mee/Kewteow/Bihun Hailam atau Mee/Kewteow/Bihun Hailam Sup.

Waktu Perniagaan : 3PM – 7PM Sabtu – Khamis.

Makanan Pilihan : Mee/Kewteow/Bihun Hailam atau Mee/Kewteow/Bihun Hailam Sup | Air Teh Panas

Harga : RM3:50 – RM5:00

Rating Keseluruhan : 4 BINTANG.

Hailam Pakcik Let memang sangat sedap sama ada dimasak dengan Mee, Bihun atau Kewtoew terserah pada selera pelanggan. Kicap dan Kuah supnya memang lain dari yang lain  pernah rasakan. Masakan kan beliau ala – ala Cina telah juga mendapat pelanggan dari kaum itu, yang juga sering bertanya kan beliau akan rahsia masakan itu. Namum Pakcik Let sangat teliti dan akan pekara ini dimana penyedian bahan – bahan semuanya telah tersedia dari rumah.

Jika berpeluang Ke Karangan Kedah anda dinasihatkan singgah kesini dan saya pasti akan berkunjung lagi.

Lokasi adalah Di Depan PUSPEN KARANGAN

Lokasi adalah Di Depan PUSPEN KARANGAN

Gerai Hailam Simpang 3 Karangan

Kewteow Hailam

Mee Hailam

Posted in J.J.C.M | 1 Comment »

‘ Sosej Perut Bakar ‘ – Bazar Ramadan Kilang Lama

Posted by KulimBlogadmiN on August 10, 2011

sosejperutbakar_bazarramada

- Utusan Malaysia 10 August 2011 - Berita Ramadan

Posted in Berita Kulim, J.J.C.M | Leave a Comment »

Salam Ramadan dari kulimkedah.wordpress.com

Posted by KulimBlogadmiN on August 3, 2011

Salam Ramadan dari kulimkedah.wordpress.com

Bloggers akan berehat seketika sempena bulan Ramadan, untuk persediaan dan beribadat. tq.

 

Posted in kulimkedah.wordpress | Leave a Comment »

Restoran Limau Kerisik @ Satay House

Posted by alexandro3465 on July 26, 2011

Salam all…kali ni gua nak sharing2 sikit ngan lu org semua tentang restoran limau kerisik ni…kedai ni gua baru 2 kali p…ok la gak ini kedai..not bad…1st time gua p ritu wife gua kata nasik goreng tomyam sedap…time tu gua kena mee goreng basah je… mee tu pun ok gak….2nd time gua p(baru balik ni haaa) lagi sekali gua kena mee goreng basah…wife gua kali ni kena nasik patprik…nasik patprik ni pun dia kata sedappp….so saper2 yg rase utk mencuba sila ler berkunjung ke restoran ni..lokasi depan longwan kulim(seberang jalan)…kalu lg senang nak cari tgk signboard besaq tulih satay house(konpius..signboard dalam kedai tulih limau kerisik)….ok satu lagi…satay pun memang ada dijual kat sini…kalu time nak raya posa or korban lemang juga ada dijual…bisnes hours x sure sgt..tp mungkin dibuka ptg sampai mlm je sebab 2 kali gua p memang waktu malam…ok..adios…:)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in J.J.C.M | Leave a Comment »

hooorayyy…

Posted by alexandro3465 on July 19, 2011

Testing…Salam everybody….akhirnya gua berjaya install wordpress kat bb…..bley la gua post direct dari bb…xyah dah susah2 guna lappy gua yg kurang mantap….ok…adios

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Satay Karangan a.k.a Satay Ahmad

Posted by KulimBlogadmiN on July 19, 2011

Nama Kedai : Satay Karangan a.k.a Satay Ahmad.
Lokasi : Karangan, Kulim, Kedah DA. (rujuk peta bawah)
Specialties : Satay
Waktu Perniagaan : 5PM – 10PM
Makanan Pilihan : Satay ayam, Satay Daging, Satay Perut, Nasi Himpit, makanan2 goreng-gorengan nasi, mee, Bihun, Keowteow & minuman biasa + air buahan.
Harga : RM0.50 satay ayam & daging, RM0.80 Satay Perut.
Rating Keseluruhan : 3BINTANG.

image

image

image

image

Jom kita pi makan satay lagi, tapi  Kali ni bukan kat ‘Satay House’, tapi dekat Satay karangan kulim. Satay en. Ahmad ni sangat terkenal pada penduduk tempatan malah telah menjadi buah mulut akan kesedapanya dah dengar hingga ke sebelah Selama Perak. Bak senang kata jika Anak orang kulim sebut saja Satay Karangan pasti mereka tahu atau pernah mendengarnya. Namum kerana lokasinya agak jauh dari Bandar Kulim Lebih kurang 20 minit ke 1/2 jam dari Kelang lama, menjadikan ia jarang menjadi pilihan untuk dikunjungi. Sedapnya Satay Karangan ni lebih terletak pada kuahnya. Cukup rasa lemak dan enak dan tidak pedas. Sataynya pula lembut menyelerakan. Jika berpeluang untuk mencuba pasti tak menyesal dan akan kembali lagi untuk menikmati keenakkanya yang berbeza lain dari yang lain  yang kita boleh dapati di sekitar kulim. Satay Karangan pasti menjadi hidangan blogger setiap minggu, setidaknya sebulan sekali.
Selamat mencuba…

PETA LOKASI – SATAY KARANGAN

Posted in J.J.C.M | Leave a Comment »

Satay House….nyam…nyam..nyam…

Posted by alexandro3465 on July 15, 2011

makan..makan…makan…..tu je la keja gua….ish.ish…cmna la gua nak slim….:)

ok…kat sini gua nak shared sikit la ngan lu org semua…petang tadi gua ngan wife gua makan kat satay house kulim(taman manggis kelang lama)..kira lama gak la gua tak makan kat sini..fuhh!!!meletop beb….tambah kolestrol lam badan gua….heheheh….sesaper yg nk try ley la g cari satay house ni yer….opps..fyi…bukan satay jer ader kat sini…mcm2 lagi ader….order jer……..hehehhe

nama kedai : satay house

lokasi : taman manggis kelang lama kulim kedah(kat kulim ada 2 cawangan n penang 1 cawangan baru dibuka)

biz hours : 3pm-12pm

sumber: http://www.facebook.com/people/Satay-House-Kulim/100002157073518?sk=wall

PETA LOKASI – SATAY HOUSE

 

Posted in J.J.C.M | Tagged: | 1 Comment »

Kulim Properties – Residential

Posted by KulimBlogadmiN on July 15, 2011

Last update 15072011

Buat yang mencari, tecari-cari rumah baru di kulim, ini berita baik untuk semua. Masih rancak dalam pembinaan – TAMAN SAUJANA INDAH – mungkin sesuai menjadi rumah yang anda impikan.

Jenis rumah yang ditawarkan adalah * Single story Bungalow dan *Single Story Semi-D.

http://www.levaenterprise.com/#!current-and-future-projects/vstc7=taman-saujana-indah

 

note: * Harga Rumah Semi-D di sekitar kawasan kulim adalah sekarang sekitar RM175K – RM220K – bergantung pada kualiti, lokasi dan keluaasan. Dari segi nilai TAMAN SAUJANA INDAH sangat baik dan Harga akan terus meningkat untuk dijadikan pelaburan. Lokasinya sangat strategik, jika mampu untuk dimiliki anda tak harus lepas kan peluang ini. Penilaian Secara keseluruhan saya berikan nilai untuk pelaburan ini.

Posted in Berita Kulim | Tagged: | Leave a Comment »

Semua Pusat Hiburan di Kedah Tutup Bulan Ramadan

Posted by KulimBlogadmiN on July 14, 2011

ALOR SETAR,  14 Julai: Kesemua Adun Kedah, termasuk dari BN,  telah memberikan sokongan sebulat suara terhadap cadangan kerajaan negeri untuk menutup semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini.

Turut memberikan sokongan dalam sidang itu adalah Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dari DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid.

“Bahkan ketika itu, MB telah mengulangi pertanyaanya kepada semua ahli dewan kalau-kalau ada bantahan terhadap cadangan itu dan semua ahli bangun menyokongnya,” kata Helmi kepada Harakahdaily.

Helmi mengulas bantahan segelintir peniaga Cina terutama yang terlibat dengan perniagaan pusat-pusat hiburan di Kedah yang membantah keputusan untuk menutup pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya dasar baru.

Azizan berkata enakmen itu terpakai sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Beliau berkata, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Hungry Ghost Festival, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya hari ini.

Semalam, beberapa pengusaha pusat hiburan Cina tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan lesen hiburan diperbaharui sepanjang Ramadan, dan mahukan penjelasan kerana mendakwa menanggung kerugian jika premis terpaksa ditutup selama sebulan.

Azizan berkata bagi pusat snuker dan kafe siber pula, pihaknya mungkin menyemaknya semula kerana ia bukan bentuk hiburan tetapi diletakkan di bawah kategori hiburan.

“Minta PBT (pihak berkuasa tempatan) perjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan. Dari dahulu lagi dalam bulan Ramadan, tidak ada aktiviti hiburan. Malah diadakan beberapa peraturan untuk bukan Islam mematuhinya,” katanya.

Sementara itu, Azizan berkata tiada masalah untuk kedai makan dan restoran Cina beroperasi sebelum pukul 3 petang pada bulan Ramadan kerana ia tidak terlibat dengan peraturan supaya beroperasi hanya selepas pukul 3 petang pada bulan Ramadan walaupun kedai Cina itu mungkin mempunyai pekerja yang beragama Islam.

Dipetik dari Harakahdaily :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4365–semua-adun-sokong-pusat-hiburan-tutup-bukan-puasa

Posted in Berita Kedah | Leave a Comment »